|

Ediramle
Ismail
BIODATA.
WEBMASTER
Ediramle
Ismail dilahirkan pada 16 Jun 1959 di daerah
Tumpat, Kelantan. Mula membabitkan diri
dalam penulisan pada tahun 1977 dalam
penulisan puisi.,
Pada tahun
1990-an mula aktif dengan pelbagai persatuan
sukarela di peringkat kampung dan daerah .Pernah
menjawat sebagai setiausaha 1 Persatuan
Penulis Tumpat ( Pesisir ) mulai tahun 1991
– hingga 2000. Kemudian sebagai Ajk Pesisir
2000-2004. Kembali semula sebagai
setiausaha1 Pesisir mulai 2004 hingga
sekarang. Selain itu juga sebagai ahli
Persatuan Penulis Kelantan (PPK).
Juga salah
seorang yang berusaha ke arah penubuhan
persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tumpat (PERINTIS) 2004.
Sebelum ini
telah juga selaku setiausaha GB4B Cawangan
Kok Pasir 1996 - 2000, Setiausaha GB4B
Kawasan Tumpat 1998 , Penolong Setiausaha
GB4B Tumpat , Setiausaha Kehormat Persatuan
Bekas Tentera Malaysia Cawangan Tumpat 1991
(Beberapa bulan sahaja) . Bendahari
Persatuan Bekas Tentera Cawangan Tumpat
untuk beberapa penggal dan AJK Persatuan
Bekas Tentera Cawangan Tumpat melebihi 20
tahun.
Jawatan
Setiausaha yang agak lama dipegang ialah
Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) kira-kira
13 tahun, Setiausaha tabung Kebajikan Kok
Pasir, 9 tahun.
Pada tahun
2003 telah menghasilkan sebuah novel dan
memenangi hadiah sagu hati sayembara Novel
Alaf baru Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
novel yang berjudul “Misi Sarwajagat”.
Pendidikan secara formal hanya sempat
menduduki STP
pada tahun 1978. Selepas gagal memperolehi
keputusan yang baik.
Tahun 1980 telah menyertai Angkatan Tentera
Malaysia dan setelah tamat latihan selama
enam bulan telah ditempatkan di Kem
Daralockwood, batu 10 Kuantan Pahang dalam
rejimen 27 RAMD Kemudiannya 12 Rejimen Askar
Melayu DiRaja sehingga tahun 1986 telah
berhenti sebelum tiba masanya. Tak sempat
pakai pangkat.
1986 - 1989
telah menjalani beberapa kerja buruh kampung
seperti kerja kontrak, menjadi nelayan
sungai, buruh Batu Bata dan pernah ke Ulu
Kelantan untuk kerja di ladang Kelapa sawit
dan pernah juga bekerja sebagai penoreh
getah.
Pada tahun
1990 dapat kerja sebagai Pembantu Makmal
Rendah dan ditempatkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat, kelantan .
Tahun 1996 Sebagai Pembantu Makmal.
Tahun 2002
telah bertukar tempat kerja ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Berangan sebagai
Pembantu Makmal Sains dan sehingga biodata
ini ditulis masih lagi bertugas di sini.
Disamping ceburi bidang penulisan dan
sebagai aktivis masyarakat juga aktif dalam
bidang ICT dan sehingga kini telah
hasilkan ratusan laman web dan lebih 200
forum perbincangan (egroups) di internet
yang membincangkan pelbagai topik termasuk
bidang penulisan.
Di
bidang penulisan telah hadiri ratusan
bengkel penulisan sejak awal tahun 80-an
lagi ,
Dalam bidang penulisan berita, pernah
mengikuti beberapa bengkel penulisan berita
dan rencana anjuran beberapa persatuan
penulis di negeri ini seperti PESISIR, PPK,
dan juga GEMA.
Tel:
0129032948
Ediramle
Ismail
Alamat surat menyurat
No.100
Jalan Perhentian KTMB,
Kg. Kok Pasir,
16040 Palekbang,
Kelantan
e-mel :
ediramle@pesisir.net
edi@pesisir.net
edi@bukusiber.com
edi@giantproduct.com
edi@smkberangan.com |